CF & The Touch Typing





 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Minggu nak nak update seberapa yg boleh blog design yang acu dah siapkan. Dan untuk blog design kali ni. Bertema kan biru. Simple design seperti yg dikehendaki oleh tuan punya blog Mrs.CF aka Cikgu Farizan dari Farizan Dot Com The Touch Typing. Ada beberapa element design yang acu highlight kan untuk post kali ni seperti design untuk sidebar, navbar, ada beberapa lagi element yg lain.

Okay, untuk sesiapa yang nak belajar menaip dengan cara yang betul boleh lah ke blog beliau, bkn itu saja ada banyak lagi info dan ilmu tentang kerjaya yang dicurahkan oleh CF kat blog beliau ni.





Custom Illustration






 Client: NurFarizan.Com 
Theme: The Touch Typing

Daniesya Delight Sticker Design


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

dan selamat pagi to all my blog readers.  Pagi2 ni acu nak mula kan dengan latest sticker label design untuk Daniesya Delight. Kali ni doll dia lari sikit dari doll trademark acu. Ok lah kot sekali sekala cuba sesuatu yang baru. Sticker ini untuk biz promo Ashikin owner Daniesya Delight. 

Boleh singgah ke Blog atau Facebook Ashikin untuk lihat service yang ada.

Click blog disini dan facebook disini..




Launching AcuRose Hijabs Soon...

 



لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdullilah, dalam sedar tak sedar.. dah sampai masa untuk acu war2 apa yang acu buat sambil2 men design selama ini. Dalam bulan Mei ini acu akan launch kan jubah dan tudung kanak2 dengan label AcuRoseHijabs sendiri. Dah lama acu nak buat semua ni cuma nak mencari masa yang sesuai amat lah payah. Butik online ni acu hanya fokus untuk jualan jubah dan tudung kanak2 sahaja. Jenis jubah yang simple, selesa dan tak over ropol2 sangat untuk pemakaian anak2 dari umur 5-10thn. 

Acu terniat nak buat koleksi jubah kanak2 ni bila asyik sangat tengok anak2 acu pakai jubah yang acu belikan untuk pergi mengaji dan solat di surau dengan kawan2 mereka. Nampak selesa dan ringkas lebih2 lagi dalam usaha nak didik anak2 ni memakai hijabs yang lebih sempurna... Insya'allah.. peringatan untuk diri sendiri juga.

Apa pun nak lebih detail  jubah apa yg acu jual tu, nanti jangan lupa singgah ke site AcuRoseHijabs.Com subscribe dan follow ye. Acu akan buat GA yang tertangguh berkurun lama selepas site tu dibuka, blog ni pun dah nak masuk 3 tahun usianya, Insya'allah acu akan buat dalam masa terdekat. 


Boleh click ke link ni untuk subscribe 









Lu'lu' Wardah Couture Call Card Design






لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dah lama acu tak update design untuk name card.Kali ni acu nak update name cards design untuk butik online Lu'Lu' Wardah Couture yang menjual pelbagai product accessories bukan setakat tudung dan shawls sahaja. Nak tau lebih lanjut tentang apa yang ada lagi di Lu'Lu Wardah Couture ni boleh lawat butik online mereka di Fb dan di blog. 'Mereka'? yer, kalau diperhatikan pada design card ni, ada beberapa doll mewakili setiap sorang usahawan online yg tadbir perniagaan ni. 

Permulaan untuk mendesign acu diberikan photo kelima2 mereka, attire semua merujuk pada apa yang dipakai dlm photo tu. Hasilnya, jadilah 5 model tgh berjalan ala' supermodel gitu ^_^.


Client: Lu'Lu Wardah Couture.
Facebook: Lu'Lu Wardah Couture
Blog:  Lu'Lu Wardah Couture

MyGorgeous Stuff Shopping Template










لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 Kembali untuk update beberapa blog design yang acu siapkan baru2 ni. Dan akan update beberapa design lagi untuk beberapa blog design yang sebelum2 ini acu tak berkesempatan nak update. 

Kali ni acu buatkan theme shopping template untuk blog My Gorgeous Stuff.
Blog yang menjual authentic designer items yang dijalankan oleh tuan punya Mrs. Edaa dari UK. Untuk template ni acu buatkan sekali "mini shopping cart" untuk customer view balik pilihan pesanan sebelum proceed untuk order. Cuma basic cart tak menggunakan apa2 features online payment. Cuma ianya complete dengan order form.

Boleh lah singgah ke online shop Mrs. Edda kita nih kalau nak tengok apa yang ada di blog tu ok.



Client: Mrs. Edda
Site : My Gorgeous Stuff



El Sha Ihtisham Blog Design

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ini nak upkan blog design untuk Butik El Sha Ihtisham dengan theme blog color turqoise and black. Full view untuk blog design dan product yang ada di blog ini boleh lah click di link bawah. Terima kasih pada tuan punya blog Ms.Shasha atas kerjasama untuk mendesign blog ini :)






Axfar Wedding..

 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Pagi Isnin. Alhamdullilah dipinjangkan umur dan dimurahkan rezeki, berjaya juga acu buat post untuk hari ini. Terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Axfar dan suami, doakan kamu berdua bahagia selamanya :)

Untuk kerja tangan kali ni, acu diberikan 2 keping gambar pengantin untuk di karikatur kan berserta penerangan tentang attire pengantin sekali. Selain dari tu acu doodle kan jugak lah maps untuk invitation card Axfar. Memandangkan tempat tinggal acu berdekatan dengan rumah Axfar, confident lah sangat nak menyusun maps tu :P .. Terima kasih buat Axfar sekeluarga sudi tag acu untuk hasil kerja tangan acu tu :).













Tupperware Always With You ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Salam hari Khamis :)

Hari ini acu nak share blog design yang acu dok menunggu masa untuk di share kan disini
Mcm yang boleh dilihat dibawah, blog design ni untuk blogshop yang menjual produk Tupperware. Boleh nampak banyak produk Tupperware kat atas meja tu kan.. Blog kepunyaan Pn.Alia ni dengan theme color purple. Sila lah lawat blog beliau kalau nak tengok kolesi product Tupperware yang Lia jual tu ok.

Tupperware Always With You


FaizahRamli's Blog Makeover


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam hari jumaat ^_^

Lama sangat rasanya acu tak share blog design acu kat sini. Adalah beberapa template yang acu buat yang acu tak sempat nak post kan kat sini.. Insya'allah tak ada aral melintang akan di up kan satu persatu nanti. Sekarang acu nak share blog design acu yg latest boleh di katakan, latest tak berapa latest sangat lah, tapi boleh dikatakan latest jugak lah..haa, tgk macam mana cara acu serabutkan kepala nih..eheh. 

Ok, yang ini Design untuk blog Faizah dari FaizahRamli personal blog. Kalau tgk header image pun dah boleh tau kan :P.. request untuk terapkan soft pastel color dan simple design. Jadi hasilnya adalah seperti dibawah. Terima kasih Faizah, memang senang bekerja untuk Faizah dan Faizah merupakan 1st client acu yang buzz acu lepas acu bercuti panjang... boleh la motivatekan diri sendiri untuk terus mendesign :)


KZNabihah.com Blog Makeover

Salam..

Dah lama betul acu tak buat entry baru kat sini. Awal-awal tahun macam ni banyak perkara yang perlu diselesai kan dahulu. Anak-anak pun dah mula bersekolah. Rutin harian pun bertukar lagi. Rasanya belum terlambat acu nak ucapkan Selamat Tahun Baru pada followers blog acu dan pada semua yang singgah jalan-jalan di blog acu ni. Insya'Allah dalam masa terdekat ni acu akan active semula mendesign seperti dolu-dolu.. amboih..konon2 macam dah lama pulak tak mendesign kan. Tak de lah, cuma acu dah buat perancangan untuk tahun 2012 ni, yang pasti ada beberapa service baru yang acu akan laksanakan atas permintaan dari kawan2 dan returning customer acu.. Mudah-mudahan dipermudahkan.. amin

Sekarang ni acu nak share kan dulu template yang acu designkan untuk Cik Bihah kita dari KZNabihah.com. Design header yang mengunakan photo Cik Bihah sendiri..Seperti design2 acu yang lain.. setiap orang ada citarasa masing-masing. Dan template ini terhasil gabungan 2 idea..me and her :). Simple as it can be..but not simpler :).
 

Selepas



Sebelum

 










Frangipaninurma Blog Makeover

 Salam..

Berikutnya acu share kan pula hasil kerja acu utk makeover blog Nurma owner Sweet Frangipani..Theme nya sweet country home. Simple dan sweet color.. mmg ramai  pilih konsep simple dan sweet.. tak padat sgt dengan segala mcm jenis image. Tapi kalau ada request still boleh mix n match kan asal kan tak memberat kan blog.Untuk header tu mengisahkan tentang seoarang ibu yang bekerjaya disamping keluarga tercinta. Apa yg paling cute dlm blog tu?.. ada miaw besar dalam tu..comey sesangat.. :)

Lagi beberapa hari saja nak masuk 2012, nervous skit sbb byk perkara yang acu rancang utk 2012, walaupun azam 2011 tak tercapai lagi.. azam nak siap kan semua pending order tak menjadi. Tapi insya'allah tahun depan di harap kan akan lebih teratur.. maknanya kena carry forward lah kan..

p/s: oppss.. rasanya nak re-vamp balik lah template blog ni.. mcm mana?... lalalala



Selepas




  Sebelum



Jambu De' Collections Blog Template

Salam..


Seterusnya.. acu nak share kan template design acu untuk Siti dari Jambu De' Collections. Theme color untuk blog ni hijau pucuk pisang.. sama dgn color blog acu..kan.kan. Theme template base pada request Siti sendiri yang memang simple.. tapi kalau client tak ada idea acu akan cuba terapkan theme base pada jenis blog tu. Mungkin dari segi penulisan, character penulis atau perniagaan yg di jalan kan.. apa saja asal kan nampak menarik dan tersusun. Kebiasaannya template yang selalu acu designkan kebanyak kan nya standard blog layout. 2 column atau 3 column.. dan mesti ada column untuk journal entry. Dan macam mana dgn layout lari sedikit dari kebiasaannya? Samaada seperti INI atau INI.. menarik bukan? Insya'allah acu akan up kan template design yg acu buat jika berkesempatan nanti ;)

 Selepas



Sebelum

Paid Adds

- Copyright © AcuRose Lil Art - AcuRoseArt.Com Domain Sponsored By Tricky Host-